Sorakan penonton bakar semangat Fahmi

 

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/02/22

Khairul Fahmi Che Mat 

Khairul Fahmi Che Mat

Yakin boleh tewaskan Pakistan esok

“SAYA masih yakin sorakan penyokong menjadi faktor pembantu yang kuat untuk cabaran kami,” kata penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan menentang Pakistan dalam kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam esok.

Penjaga gawang Kelantan yang menjadi antara 18 pemain terakhir dipilih semalam meminta rakan sepasukan lain mengaut peluang beraksi di halaman sendiri untuk mendapatkan modal selesa sebelum menentang lawan sama dalam perlawanan kedua di Lahore pada 9 Mac ini.

“Saya yakin dengan sokongan padu peminat terhadap skuad kebangsaan, kita mampu mencatat kemenangan di Stadium Shah Alam nanti. Saya akan cuba sebaik mungkin memastikan gawang negara tidak dibolosi dengan mudah oleh lawan,” kata Fahmi yang mula menyertai kem latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Sabtu lalu.

Empat pemain negeri dengan selebihnya pemain Harimau Muda A mengisi senarai 18 pemain skuad kendalian Ong Kim Swee, yang berdepan dua misi penting tahun ini – kelayakan Olimpik 2012 dan mempertahan pingat emas Sukan Sea, November ini.

Sandaran Kim Swee memastikan Pakistan berputih mata dalam kunjungan ke Shah Alam, terletak di bahu barisan pertahanan kental diterajui Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohammad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Faizal Muhamad.

Bagi mempertajam jentera serangan yang kehilangan khidmat Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Awari Ibrahim akibat kecederaan, Kim Swee memanggil dua tonggak Kedah, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar serta penyerang Negeri Sembilan, Mohd Fakri Saarani.
Mahali Jasuli, K Gurusamy, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor kemungkinan diberi kepercayaan sebagai perancang utama di bahagian tengah untuk mencorak permainan skuad Olimpik negara sekali gus merobek gawang Pakistan yang dikawal pemain kelab Denmark (Birkerod IF Skjold), Yousof Ejaz Butt.

Tiket perlawanan akan dijual mulai, hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan harga RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

INFO

Senarai terakhir 18 pemain

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Shakir Ali (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah), Mohd Fakri Shaarani (Negeri Sembilan), K Gurusamy, Mahali Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, S Sivanesan, Mohd Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: