Testimoni Minyak Penawar Munajat

MAKLUMBALAS DARI PENGUNA
(Di sini tidak nyatakan nama pengguna berkenaan kerana menjaga kehormatan dan aib seseorang)

1. Dengan berdoa kepada Allah swt. , ikhtiar dan usaha menggunakan minyak penawar munajat ini, seorang isteri akhirnya telah melihat perubahan yang ketara kepada suaminya yang  selama ini agak tidak bertanggung jawab, suka marah dan mengabaikan rumah tangga. Isteri tadi sentiasa berdoa dan menitiskan minyak penawar munajat ini kedalam makanan seperti kari, sup dan sayur-sayuran. Selain itu isteri tadi juga sering menitiskan sedikit pada air minuman seperti air teh, milo yang dibancuh pada jug atau teko untuk minuman keluarga.

2. Seorang ibu telah diberitahu oleh anak perempuannya yang tinggal di asrama bahawa dia sekarang tidak lagi mengalami hysteria kerana selalu menggunakan minyak penawar munajat pada minuman, disapu pada nadi pergelangan tangan dan disapu sedikit pada bahagian dada.

 

3. Seorang ibu muda mendapati anaknya yang berusia 2 tahun yang suka menangis apabila terjaga dari tidur pada tengah malam dan pernah menghantar ke klinik kesihatan tetapi doktor mengesahkan tidak ada apa-apa penyakit. Seorang ustaz mengesyorkan supaya ikhtiar dan berdoa kepada Allah swt. dengan menyapukan minyak penawar munajat di dada, nadi pergelangan tangan serta kening bayi tersebut apabila tidur malam. Dengan izin Allah swt. Bayi yang berumur 2 tahun tersebut dapat tidur nyenyak sehingga pagi dan tidak lagi menangis walaupun terjaga tengah malam.

 

4. Seorang peniaga warung / restoran makanan telah berikhtiar sambil berdoa kepada Allah swt. dan menggunakan minyak penawar munajat dengan menyembur atau merenjis minyak penawar munajat ini yang telah dicampur dengan air ke dinding, bahagian hadapan dan ke atas meja-meja serta bangku dalam warung / restoran miliknya. Akhirnya beliau mendapati perniagaannya yang semakin susut telah mula menampakkan kemajuan dan ramai dikunjungi pelanggan

 

5. Seorang ustaz yang mengajar di sebuah pondok / sekolah agama telah menggunakan minyak penawar munajat ini kepada seorang pelajar yang telah dirasuki atau diganggu oleh makhluk halus dengan menyapu di pergelangan tangan, kening serta dada dan memberi minum air yang dititiskan sedikit minyak penawar munajat ini mendapati dengan izin Allah swt. pelajar yang diganggu makhluk halus ini akhirnya pulih. Semenjak itu pelajar tadi sentiasa berdoa kepada Allah swt. dan berikhtiar dengan sentiasa menggunakan minyak penawar munajat ini.

 

6. Seorang berbangsa india telah menggunakan minyak penawar munajat ini untuk melihat kesannya kepada anak lelaki yang sangat degil dan suka bergaduh serta panas baran. Dimulakan dengan hanya niat yang baik beliau  menitiskan pada makanan serta air minuman anaknya tadi dan disapukan pada pergelangan tangan serta kening sewaktu anaknya tidur beliau mendapati dalam masa dua minggu anaknya kelihatan semakin berubah kepada tingkah laku atau perangai anak yang baik dan akhirnya orang india tadi telah mengesyorkan kepada ramai kawan-kawannya.

 

7. Pengakuan beberapa orang yang menggunakan minyak penawar munajat ini dan termasuklah saya sendiri yang mengalami masalah sengal, lengoh, tergeliat atau salah urat, bisa dalam badan, sakit atau senak perut dan masalah kembung perut disebabkan angin dalam badan, penggunaan minyak penawar munajat ini sebagai alat untuk mengurut dan disapu pada bahagian yang sakit telah mendatangkan kesan yang mustajab dengan izin Allah swt.

 

8. Ramai juga para pelanggan saya yang mengatakan minyak penawar munajat ini amat mustajab untuk minda kanak-kanak disamping doa dari kedua ibu bapa untuk merangsang hafalan, tumpuan atau konsentrasi pada pelajaran. Untuk melihat hasil yang berkesan penggunaannya hendaklah berterusan dan banyakkan berdoa dan memohon pada Allah swt.

 

9. Pernah satu kejadian di mana seorang ibu yang sedang menggoreng pisang untuk dijual disebuah warung dan tiba-tiba terkena minyak yang panas  pada lengannya. Secara kebetulan ibu tadi teringatkan minyak penawar munajat dan terus melumurkan pada bahagian lengannya dan dengan izin Allah swt. ibu tadi melihat kesan yang sangat menakjubkan dimana lengan nya itu tidak mengalami tanda-tanda melecur akibat minyak panas tersebut.

 

10. Seorang wanita dari Kemaman yang mengalami masalah selalu pening kepala, tidak bertenaga dan kurang selera makan, telah berikhtiar mengunakan minyak penawar dengan menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi pada lengan & pergelangan tangan. Akhirnya wanita tersebut telah mengalami rasa panas bermula dari bahagian kaki dan naik ke badan serta bahagian kepala. Beliau terus mengulangi berikhtiar dengan minyak penawar munajat dan pada hari kedua beliau muntah dan keluar cecair pekat berwarna hijau. Selepas peristiwa itu beliau merasakan kesihatannya telah beransur baik, bertenaga dan sihat sehingga sekarang. (Wanita tersebut berkemungkinan dipercayai terkena santau)

 

11. Seorang lagi wanita juga dari Kemaman yang selama ini merasakan selalu letih & tidak bermaya selalu mengantuk telah berikhtiar mengunakan Minyak Penawar Munajat  dengan menitiskan pada minuman, disapu pada dada, nadi lengan & pergelangan tangan. Akhirnya perkara yang sama berlaku iaitu merasa panas dari bahagian kaki terus naik kebahagian badan serta bahagian kepala. Akhirnya wanita tadi telah pengsan dan kebetulan terdapat seorang ustaz berada berhampiran yang menyimpan sebotol Minyak Penawar Munajat bersamanya telah merenjiskan Minyak Penawar Munajat yang dicampur sedikit air kepada wanita tadi. Tidak lama selepas itu barulah wanita itu tadi sedar dari pengsan. Alhamdulillah sejak mengunakan Minyak Penawar Munajat wanita itu telah beransur pulih dari masalah mudah letih dan tidak bermaya dan merasa lebih sihat lagi hingga sekarang.

 

12. Seorang wanita muda mengalami penyakit sendawa yang agak pelik dimana sendawanya agak kuat dan terlalu kerap sehingga mengangu pelajarannya. Beliau telah puas berubat di hospital kerajaan dan juga swasta serta rawatan alternatif yang lain tetapi tiada perubahan. Setelah di syorkan  oleh seseorang tentang Minyak Penawar Munajat beliau telah menitiskan Minyak Penawar Munajat untuk diminum dan menyapu sedikit pada nadi lengan & pergelangan tangan , bahagian dada dan diulang berkali-kali. Akhirnya dengan izin Allah swt penyakit sendawa yang pelik itu telah hilang dan sehingga kini beliau terus menggunakan Minyak Penawar Munajat.

Kesimpulannya ialah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.  Sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini dengan secara tiba-tiba berlaku seperti gangguan atau rasukan makhluk halus, masalah rumah tangga, anak-anak yang bermasalah, menghindari dari gangguan sihir, santau, ilmu hitam dan pelbagai lagi. Sekurang-kurangnya dengan memiliki minyak penawar munajat ini dapatlah mengatasinya pada peringkat permulaan disamping memohon doa kepada Allah swt. yang maha menjadikan segala-galanya dan yang maha besar lagi maha mengasihani.

1 Comment »

  1. CasTTeLLo Said:

    Alhamdulillah syukur nikmat….isteri saya telah disahkan mengandungkan anak kedua kami setelah mengamalkan minyak ini dalam minuman seharian…setelah hampir 5 tahun kami menunggu akhirnya doa kami dimakbulkan olehNya….Maha Suci Allah….


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: