Sejarah MASISUPA (Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang)

MASISUPA merupakan aktiviti kokurikulum berencana untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, bertujuan
untuk mencungkil dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi mental, emosi, kerohanian dan intelektual.

Aktiviti kokurikulum pada peringkat awalnya diadakan secara berpusat, melibatkan acara ilmiah, sukan dan kraftangan. Aktiviti ini dikenali sebagai “Pekan Pelajar” pada awalnya. “Pekan Pelajar” yang terawal telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh pada tahun 1968.

Kejayaan “Pekan Pelajar” yang pertama mendorong Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang untuk menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan dengan memberi peluang penyertaan yang lebih meluas dan merangkumi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat. Aktiviti tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Minggu Pelajar” kerana aktivitinya berlangsung selama seminggu.

MASISUPA (Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Pahang) kemudiannya diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada MASISUPA “Pekan Pelajar” dan “Minggu Pelajar” hasil persetujuan Majlis Guru Besar dengan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Masisupa kali pertama telah diadakan di Sekolah Tinggi Sultan Abu Bakar, Pekan.

Tahun ini MASISUPA sudahpun berusia 27 tahun dengan format pertandingan baru iaitu perlaksanaan hanya dijalankan di peringkat zon sahaja tetapi sijil pertandingan bertaraf Pusat. Terdapat 5 zon yang melibatkan 4-5 sekolah dalam beberapa Daerah yang akan bermula pada 11-15 Mac 2011 mengikut zon masing-masing.

Zon 1
#Rompin
#Bukit Ibam
#Tengku Ampuan Fatimah
#Al-Attas

Zon 2
#Al-Ihsan
#Pulau Tawar
#Maahad SAS
#Maran

Zon 3
#Al-Khairiah
#Guai
#Al-Wosto
#Pelangai
#Chenor

Zon 4
#Padang Tengku
#Al-Basriah Kuala Tembeling
#Dong
#Batu Talam

Zon 5 (Tingkatan 6)
#Kulliah
#Khairiah
#Maahad SAS
#Al-Ihsan
#Padang Tengku

(via N900 )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: