Manchester United Mara ke Separuh Akhir

Manchester United meneruskan kemaraan dalan Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila menganepikan cabaran dari Chelsea dengan agregat 3-1 selepas menang perlawanan kedua di Old Trafford 2-1. Gol dari dari penyerang Mexico, Javier Hernandez dan park Ji Sung sudah cukup untuk memastikan United mara ke separuh akhir buat kali ke-4 dalam tempoh 5 tahun.

United memulakan permainan agak perlahan dan sangat berhati-hati agar Chelsea tidak menjaringkan gol awal yang mungkin akan menaikkan semangat mereka. Chelsea yang menguasai permainan bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang terutamanya daripada Frank Lampard yang merembat bola dengan lemah dan mudah diselamatkan Edwin Van der Sar. Hernandez berjaya menewaskan Petr Cech pada minit 28 namun hanya untuk dibatalkan oleh pembantu pengadil kerana offside. Hernandez bagaimanapun tidak lagi dinafikan gol pertama United 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama hasil gerakan menarik antara O’Shea dan Giggs yang berjaya disudahkan oleh Hernandez dengan baik sekali.

Separuh masa kedua, Carlo Ancelotti membuat pertukaran dengan mengeluarkan pemain termahal di England, Fernando Torres yang masih gagal menjaringkan sebarang gol dengan Didier Drogba. Seperti separuh masa pertama juga, Chelsea banyak menguasai bola tetapi kekentalan barisan pertahanan united menggagalkan mereka. Chelsea terpaksa bermain 10 pemain selepas Ramires dibuang padang kerana 2 kad kuning pada minit 71. Walaupun bermain kurang 1 pemain, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan menerusi Drogba yang bijak menyudahkan peluang terhidang. gol itu seolah-olah menandakan kebangkitan lewat Chelsea namun sejurus sepak mula, serangan serta-merta United akhirnya berjaya menembusi gol Chelsea buat kali kedua menerusi pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji Sung. Gol itu seperti mengesahkan kemaraan United dan membunuh sisa-sisa perjuangan Chelsea. Perlawanan tamat dengan kemenangan United 2-1 dan 3-1 secara agregat.

United akan menanti keputusan antara Inter Milan dan Schalke yang akan berlangsung awal pagi esok bagi menentukan siapa lawan yang bakal ditentang di separuh akhir nanti. Schalke dilihat mempunyai peluang cerah setelah menang 5-2 di San Siro minggu lepas. Peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 26,27 april dan 3,4 mei nanti. Dalam 1 lagi perlawanan yang berlangsung serentak, Barcelona menepati ramalan apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 1-0 menerusi gol tunggal Messi dan menjadikan agregat 6-1. barcelona akan menanti keputusan antara Real madrid dan Tottenham Hotspur.

SUMBER : BBT(Berita Bola  Terkini)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: