Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Lelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka;
  2. Wanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu;
  3. Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam
Keputusan (English):
The Ruling On Women Shaving Bald Their Heads and Having Strange Make-ups

Decision:
The 80th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st- 3rd February 2008 has discussed on the ruling on women shaving bald their heads and to have strange make-ups. The Committee has decided that:
1. Men and women are both prohibited to present themselves with the appearance contradictory to their natural characteristics.
2. Women are prohibited from shaving bald their heads unless for the purpose of medical treatment to treat problem or certain disease
3. Strange and obsessive make ups such as body piercing (except of ear lobes piercing) are prohibited in Islam.
Keterangan/Hujah:
  1. Ulama’ berpendapat bahawa perbuatan membotakkan kepala oleh segelintir wanita Islam adalah dilarang dan bertentangan dengan Hukum Syarak. Hadis Nabi SAW:
    نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها  (رواه الترمذى)

    Rasulullah SAW melarang wanita mencukur rambutya

  2. Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi ketika menjawab persoalan sama ada wanita boleh bercukur kepala atau tidak, menjelaskan: ” Haram ke atas kaum wanita mencukur kepala mereka berdasarkan hadis Nabi SAW. Pengharaman tersebut adalah kerana perbuatan membotakkan kepala menyamakan seseorang wanita dengan lelaki, bermegah dengan sifat-sifat kelelakian selain menzahirkan sifat-sifat buruk dalam diri wanita tersebut. Namun, harus bagi wanita mencukur kepalanya sekiranya terdapat kudis, bisul atau kutu yang banyak pada kulit kepala. Dalam situasi tersebut ia dianggap sebagai dharurah yang membolehkan kepalanya dicukur “.
  3. Dr. Ahmad al-Syarbasi menjelaskan bahawa sekiranya seseorang wanita mencukur rambut mereka sebagai tanda berkabung, maka ia merupakan sebahagian daripada amalan jahiliah yang amat ditegah oleh Islam. Sementara bagi wanita yang mencukur rambutnya dengan tujuan menyerupai lelaki, maka perbuatan tersebut dihukumkan sebagai haram.
  4. Alasan semata-mata untuk menghayati dan menjayakan watak yang dipegang dalam filem adalah tidak wajar kerana hukum melarang perbuatan tersebut. Begitu juga dengan perbuatan bertindik yang seolah-olah menjadi gaya dan trend remaja hari ini.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: